Maklumat Terkini







Pemberitahuan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011. Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011. Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011. Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula. Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”) Sekian dimaklumkan.

Sabtu, 20 Februari 2010

Berita HEM

En. Zakaria b Hj. Omar
PENASIHAT

Daud Md. Nasir
GPK H.EM
En. Borhan b. Puasa.
SU H.E.M
borhanbob@gmail.com


PROGRAM UNIT ANTID DADAH 2011




 
ISNIN 21 FEBRUARI: UNIT ANTI DADAH SKBM telah menjalankan aktiviti mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster murid tahp 2. Pertandingan ini telah dijalankan sepanjang minggu ke 7 persekolahan. Petandingan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Selain itu juga program ini dapat mengcungkil bakat murid-murid dalam matapelajaran Pendidikan Seni dan Visual. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Zakaria Bin Omar, guru besar SK Batang Melaka. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan Unit Anti Dadah Sekolah yang diketuai oleh Pn Rozita Bte Abd Jalil. Tahniah.





KURSUS KEPIMPINAN BADAN PENGAWAS
S.B.P.I. SELANDAR & SK BATANG MELAKA
SABTU 19 FEBRUARI: UNIT PENGAWAS SKBM dengan kerjasama SBPI Selandar telah menjalankan kursus kepimpinan ini bermula dari 18 FEBRUARI 2011. Seramai 28 oranng pengawas SKBM dari tahun 4-Tahun 6. Meraka mengikuti di SBPI Selandar dengan guru pengawas pengiring Cik Derwina Bazid

 Majlis Perasmian Penutup di sempurnakan oleh GPK1 SBPI En.Sharif Ebok. Turut serta GPK HEM SBPI En. Ramli, GPK HEM SKBM Daud Md Nasir.

Semua murid di selia oleh pengas dari SBPI dengan di ketuai oleh CIk Arnizam Arifin.  Majlis perasmian berjalan pada pukul !!.oo pagi


















LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA
SELASA 1 Feb: UNIT KESELAMTAN SKBM telah menjalankan latihan kebakaran kali PERTAMA hari ini..Latihan ini melibatkan semua termasuk Pendidikan Khas. Catatan masa 3.03 minit.TAHNIAH Unit Keselamatan di ketuai oleh Cikgu Khairul

 

 




JAWATANKUASA BANTUAN UNTUK R.M.T KALI PERTAMA


 

 

Jumaat 21 JAN: Jawatankuasa Bantuan SKBM telah menjalankan mesyuarat pemilihan pemerima RMT perimgkat sekolah. SKBM diperuntukan oleh pihak JPM negeri seramai 65 orang. Penerimaan akan bermula pada 24 Januari(ISNIN) 2011.
      Panel mesyuarat terdiri daripada Pengerusi JK Bantuan pn. Hilmiza Mansor, Guru RMT Pn Norashikin, Guru SMM En. Muhaimin. Pengerusi/JKK Kg. Batang Melaka En Abu Hasan Md Dah, Pengerusi PIBG SKBM E. Md Nor Yus. Mesyuarat juga di hadiri oleh Guru Besar SKBM En. Zakaria Hj Omar.
     Mesyuarat dipengerusikan oleh GPK HEM SKBM Daud Md Nasir

GOTONG ROYONG SEKOLAH





Khamis 16 DIS.  Satu aktivit gotong royong telah dijalankan di SKBM hari ini. Menurut Guru Besar SKBM, En Zakaria Hj Omar " Aktivit ini melibatkan kakitangan pengurusan sekolah, JKKK dan Belia Kg Btg. Melaka dan Pihak Majlis Bandaraya Jasin.". Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Program SUSU Sekolah

 


Program Susu Sekolah SKBM. Program ini telah dilaksanakan bermula 16 NOV 2010(Selasa). Bekalan untuk dua(2) hari persekolah diterima pada 15 NOV 2010. Pemantauan telah dibuat oleh pihak kesihatan pada 16 NOV 2010. Program ini dikendalikan oleh Pn. Norshikin Abu

AKTIVITI eKasih
Tarikh: 12 FEBRUARI 2010
Masa:9.00 pagi
Tempat: Bilik Guru Besar. SKBM



GOTONG ROYONG MENGHAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

SABTU 3 APRIL- Unit Kesihat dan Aedes, HEM SKBM telah menjalankan aktiviti gotong royong ini.  Aktiviti ini berikutan arahan dari JPM.  Semua warga sekolah melibatkan diri.  Beberapa kawasan  telah dikenalpasti untuk dibersihkan dari menjadi tempat pembiakan nyamuk.  Murid-murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil.  Mereka juga di bantu oleh guru yang juga telah ditentukan menjadi ketua kumpulan dalam aktiviti ini.



PENCEGAHAN WABAK H1NI

JUMAAT 9 APRIL - Unit Kesihatan dan Aedis HEM SKBM sedang menjalankan mengesan tahap kesihatan murid.  Ini berikutan arahan JPM untuk mengesan wabak H1N1 di setiap sekolah. Langkah awal telah mula dijalankan oleh guru yang bertanggongjawab iaitu Ustz Norizan bt Hamat dan Ustz Norizaidawati bt Md Nawi. Pada hari ini tiada murid yang dikesan mempunyai tahap suhu badan yang tinggi. Penesanan menggunakan alat yang dibekalkan kepada sekolah.





LATIHAN KEBAKARAN

ISNIN 19 APRIL- Unit Keselamatan sekolah ini telah menjalankan latihan kebakaran. Menurut Guru Penyelaras unit ini, En. Khairul " Latihan ini merupakan aktiviti Unit Keselamatan. Ianya telah berjaya dijalankan hari ini.  Latihan dimulakan dengan membunyikan loceng kecemasan. 

Apa yang perlu dilakukan oleh warga(murid) sekolah ialah beratur dengan baik dan mula bergerak ke tempat berkumpul yang ditetapkan. Kami memilih tempat perhimpunan sekolah. Warga sekolah akan berkumpul dan guru kelas akan memeriksa jumlah murid hendaklah cukup seperti dalam kedatangan hari ini." Masa berkumpul yang dicatatkan dalam latihan hari ini ialah 3:21 minit. "Masa yang dicatatkan perlu dibaiki. Walau bagaimanapun masa hari ini boleh diterima kerana ini latihan pertama. " Menurut Guru Besar, Tn. Hj. Minhat Azam yang turut hadir dalam latihan ini.






BATANG MELAKA.JASIN: Seramai 120 murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Melaka telah menyertai aktiviti Perkhemahan RIMUP Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2009 peringkat sekolah melibatkan tiga buah sekolah iaitu SK Batang Melaka, SJK(C) Kiow Nam, dan SJK(T) Batang Melaka.
Menurut Guru Besar SK Batang Melaka, merangkap pengerusi RIMUP, Minhat Azam, program diadakan bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ini dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti perkhemahan yang melibatkan pelbagai kaum.
Katanya, murid perlu didedahkan dengan lebih banyak program yang menekankan perpaduan dalam kalangan kaum di negara ini bagi menjamin kelangsungan perpaduan yang telah lama dijalin antara pelbagai kaum.
Tegasnya lagi, sekiranya kita semua bersatu padu antara satu sama lain, nescaya kita akan menjadi sebuah negara yang lebih kuat dan dihormati di seluruh dunia.
“Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini kerana telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan,” katanya.
Menurut Kem Komandan, Hazizie Hashim, bagi meningkatkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid, setiap khemah dan juga kumpulan disyaratkan mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Katanya, melalui cara ini mereka akan dapat berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga bagi menjayakan kegiatan secara bersama-sama.
“Pelbagai program diatur seperti ice-breaking, senamrobik, pertandingan memasak dan malam kebudayaan serta aktiviti memasak ubi kayu, ubi keledek dan ubi kentang secara bergotong-royong dan makan beramai-ramai,” katanya.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurakan oleh Penghulu DUN Asahan, Mohd Yusuf Botak mewakili YB Datuk R. Perumal ADUN Asahan.
Dalam ucapannya, Mohd Yusuf berkata semangat perpaduan di antara pelbagai kaum amat penting diterapkan dalam kalangan murid sekolah sejak di peringkat awal bagi melahirkan persefahaman dan sikap toleransi di antara mereka.
Selain itu, melalui program ini juga akan dapat mewujudkan sikap bekerjasama, tolong-menolong seterusnya akan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang sesama peserta.
Katanya lagi, usaha murni ini merupakan platform baik bagi mengukuhkan lagi semangat kekitaan dalam kalangan warga negara dan selaras dengan konsep 1Malaysia yang menekankan aspek perpaduan kaum. Jesteru, program seumpama ini hendaklah diteruskan atau dipraktikkan oleh murid apabila berada dalam kelompok masyarakat sebenar.
Sementara itu, Nur Nabihah Ruzzlan,12, berkata pengalaman mengikuti program ini amat seronaok kerana dapat ramai kenalan baru daripada pelbagai kaum dan dapat merealisasikan matlamat 1Malaysia.
Seorang wakil SJK (T) Batag Melaka, K. Vishwa, 12, pula berkata terdapat pelbagai aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mempelajari budaya pelbagai kaum.
Liaw Boon Jian, 12, berkata aktiviti yang dijalankan sangat seronok dan dapat membentuk sikap berdikari.
Turut hadir ialah Pegawai Pelajaran Daerah Jasin,(PPD), Yusuf Ahmad, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SJK(C) Kiow Nam, Pong Lum Soon, Guru Besar SJK(T) Batang Melaka, Pn. C. Sarojini, GPK Hal Ehwal Murid (HEM) SJK(C) Kiow Nam, Low Chai Liyin, Pengerusi JKKK Batang Melaka, Sidang Hasan Maadah, Pengerusi Belia 4B Cawangan Batang Melaka, Sharif Subuh, wakil MCA dan MIC serta para ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

blogger templates | Make Money Online